Pages

Khamis, 30 Jun 2011

BAHAN MODUL KOMSAS T4

Rakan guru di negeri Johor yang berminat untuk mendapatkan modul KOMSAS T4 yang diusahakan oleh JPN Sabah, sila beri e-mel cikgu dengan no hp untuk dihubungi. Sila emel kan ke alamat emel saya.

Isnin, 11 April 2011

MODUL TUDINGAN KOMSAS 2011

Assalamualaikum,
Berdasarkan minit mesyuarat Panel Perunding Bahasa Melayu (SPM) kali pertama, semua ahli panel yang ditugaskan untuk membina soalan HENDAKLAH menyiapkan tugasan tersebut selewat-lewatnya 30 APRIL 2011. Tuan-tuan dan puan-puan kemudiannya diminta menghantar bahan melalui e-mel kepada pengurus blog Panel Perunding Mata Pelajaran BM SPM melalui alamat e-mel berikut :

modultudingan2011@gmail.com

Saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang dapat diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Diharapkan modul tudingan ini boleh diedarkan kepada pelajar pada awal penggal kedua persekolahan.

Cikgu Razak
Pengurus blog Panel Perunding MP Bahasa Melayu SPM

Jumaat, 11 Mac 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU

SPM TAHUN 2009

Keputusan peperiksaan SPM tahun 2010 akan diumumkan pada 23 MAC 2011 (Rabu ). Diharapkan peratus kelulusan dan Gred Purata Mata Pelajaran bagi calon sekolah bantuan kerajaan akan meningkat.


STATISTIK TAHUN 2009.

CALON SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

CEMERLANG

KEPUJIAN

LULUS

G

A+

A

A-

B+

B

C+

C

D

E

A-E

G

9.0

9.0

13.3

13.0

11.7

9.4

7.1

10.8

7.6

90.8

9.2

GPMP = 4.29

BILANGAN CALON = 400,774 ORANG

Selasa, 1 Mac 2011

ANALISIS SOALAN BM [KERTAS 1]

Karangan Respons Terbuka
2004 (N) hingga 2010 (N)

Klik di sini >>>


Karangan Rangsangan
2004 (N) hingga 2010 (N)

Klik di sini >>>

Selasa, 22 Februari 2011

AGIHAN TUGAS UNTUK MEMBINA SOALAN

Assalamualaikum,
Tuan/ puan ahli Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Sila beri maklum balas kepada Tuan Hj Zainuddin Dirin berkaitan e-mel yang dikirim oleh beliau. Tugas membina soalan berdasarkan teks antologi dan novel hendaklah diselesaikan sebelum 28 April 2011. Insyaalah pada bulan Mei atau Jun 2011, modul tudingan JPN Johor edisi 2011 akan diedarkan kepada seluruh warga pendidik dan pelajar.

Kekalkan kerjasama dan motivasi tinggi yang sedia wujud. " Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat ".

Isnin, 21 Februari 2011

MESYUARAT PANEL PERUNDING BM 2011 KALI PERTAMA














Khamis, 16 Disember 2010

KEPUTUSAN PMR 23 DISEMBER 2010


Kenyataan akhbar Kementerian Pelajaran Malaysia ..... sila klik di sini

PRINSIP KERJA PENGARAH PELAJARAN JOHOR

Enam Prinsip Kerja


Pengarah Pelajaran Johor
Tuan Haji Markom Bin Giran

Patuh Kepada Kepimpinan
Berfokus Melaksanakan Dasar
Bijaksana Dalam Tindakan
Bersungguh Walau Berseloroh
Bekerja dengan niat yang betul
Turun Padang

Taklimat Tuan Pengarah Pelajaran Johor

Sabtu, 4 Disember 2010

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI

Tarikh : 18 hingga 20 Oktober 2010
Lokasi : Hotel Tropikal Inn, Johor Bahru.
Ucap utama : Tuan Hj Abu Talib Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Kursus tersebut melibatkan seramai 23 orang peserta termasuk jurulatih utama dan guru yang menjadi ahli jawatankuasa Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Antara agenda kursus tersebut termasuk :

1. Pedagogi berkesan penulisan karangan
2. Pedagogi berkesan pelbagai kaedah - KOMSAS SPM 2010
3. Pelbagai Kaedah P&P Komponen Sastera Tingkatan 4
4. Penambahbaikan Modul MAS.

UCAP UTAMA OLEH TN.HJ ABU TALIB BIN ABDULLAH.
Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

INTIPATI UCAP UTAMA
1. Seruan agar memantapkan usaha untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. NKRA pendidikan iaitu pra sekolah, LINUS, SBT dan bai'ah.
3. Perancangan strategik JPNJ memfokuskan kepada 6 matlamat iaitu :
- kepimpinan berintegriti
- guru berkualiti
- modal insan kreatif dan inovatif
- pentaksiran dan penilaian cemerlang
- kemudahan pendidikan berkualiti di dalam bilik darjah.
4. Sasaran pencapaian mata pelajaran BM di peringkat SPM iaitu kelima terbaik di peringkat
kebangsaan ( peratus kelulusan melebihi 90 % ).
5. Usaha-usaha melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif.
6. Konsep Kemahiran Berfikir Tinggi.
7. Konsep "Thinking School"
8. Semakan semula taksonomi kognitif Bloom

TAKLIMAT PEDAGOGI BM1
Oleh : En Nor Hashim Bin Bahrin
SMK Dato Jaafar
Johor Bahru.

INTIPATI TAKLIMAT :
1. Guru BM mesti boleh dipercayai dan menjadi model kepada pelajar.
2. Refleksi diri guru.
3. Ciri-ciri pengajaran berkesan di dalam bilik darjah.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar.
5. Perbincangan tema model tudingan K1 SPM 2010

TAKLIMAT PENGAJARAN KOMSAS
Oleh : Pn Mahnita Bt Ahmad
SMK Tun Habab
Kota Tinggi

INTIPATI TAKLIMAT
1. Pengajaran komsas T4 menggunakan teks yang baru
2. Teknik pengajaran komsas.
3. Sesi perkongsian pengalaman dengan rakan guru berpengalaman

TAKLIMAT BAHASA MELAYU 1 DAN BAHASA MELAYU 2

Oleh : Pengetua dari daerah Kulaijaya.

Taklimat beliau berkisar kepada analisis topik dan tema soalan Bahasa Melayu 1 dan 2 untuk peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada 23 November 2010. Berdasarkan analisis tema dan topik ini, peserta kursus dibahagikan kepada beberapa kumpulan perbengkelan untuk menyiapkan karangan untuk calon galus dan beberapa soalan contoh untuk kertas 2.

PERASMIAN PENUTUP KURSUS.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Mohd Nor Bin Ghani, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis ini juga bersempena persaraan Tuan Hj Nojumuddin iaitu Pengetua SM Sains Johor merangkap Pengerusi Panel Perunding MP Bahasa Melayu negeri Johor. Turut hadir ke majlis ini ialah Tuan Hj Samian Bin Sawiyo, Pengetua Kanan SM Sains Muar selaku Timbalan Pengerusi PPMP Bahasa Melayu negeri Johor. Modul 3J yang disiapkan akan diedarkan ke seluruh daerah negeri Johor untuk digunakan sebagai latih tubi menjelang peperiksaan SPM.

PERANCANGAN UNTUK PANITIA BM

Perancangan dan cadangan 2010 untuk tindakan panitia mata pelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah berpotensi:

1.
1. Rujuk analisis pencapaian peperiksaan pertengahan tahun 2009, mata pelajaran Bahasa Melayu.
2.

2. Senaraikan pelajar kumpulan ( 7 ) dan ( 8 ).
3.

3. Rancang dan laksanakan program khas untuk mereka dengan merujuk program Head Count dan Analisis Item soalan Bahasa Melayu SPM.
4.

4. Buat Perancangan Strategik dan sasarkan KPI ( Indeks Penentu Pencapaian) yang relevan. Pastikan aspek Struktur – Sistem – Skill – Staf, diambil kira sewaktu merancang dan melaksanakan PS .
5.

5. Panitia Bahasa Melayu boleh hasilkan Modul Khas Bahasa Melayu yang boleh disesuaikan dengan pelajar dan situasi: Modul untuk pelajar Melayu hendaklah berbeza dengan modul untuk pelajar bukan Melayu.
6.

6. Lakukan Program Kajian Tindakan dengan memberi fokus terhadap daerah kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

7. Laksanakan program tindakan bersepadu dengan Jawatankuasa Kurikulum Bahasa Melayu Daerah dan PPD bahasa.

8. Gunakan modul-modul M.A.S. yang diusahakan oleh Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

9. Adakan program Kunjung Bantu dengan Guru Cemerlang Bahasa Melayu daerah.

10. Majlis Kurikulum di peringkat sekolah mestilah mengadakan program bersepadu dengan Majlis Hal Ehwal Murid dan Majlis Kokurikulum agar usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik berlaku seiring dan saling dibantu.

11. Dapatkan kerjasama guru Cina dan India untuk membantu mengajarkan Bahasa Melayu di kelas-kelas tambahan

FAKTOR TIDAK LULUS MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Beberapa faktor yang dikenal pasti menjadi punca pelajar-pelajar tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu :

1. Keciciran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sejak di sekolah rendah atau di
peringkat menengah rendah.

2. Sukar menguasai keseluruhan silibus Bahasa Melayu yang merangkumi aspek
Interpersonal, Maklumat dan Estetik + KOMSAS

3. Tidak menguasai kemahiran asas :
Membaca dan memahami
Memahami dan mengaplikasi
Mengaplikasi melalui tulisan

4. Masalah sikap dan disiplin kehadiran + ponteng

5. Tidak hadir langsung tetapi diterima mendaftar sebagai calon SPM

6. Faktor guru – Keperluan Guru Pemulihan Khas di Sekolah Menengah

AKTIVITI PPMP BM TAHUN 2010

MAJLIS PANEL PERUNDING MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

1. Bengkel Pembinaan Modul Komsas (Teks Baru) Tingkatan 1 dan 4 di Sekolah Menengah Sains Johor Kluang
30 dan 31 Oktober 2009
Panel yang telah dilantik untuk membina Modul MAS 2009 dikekalkan.
Penceramah:Tuan Haji Zainuddin bin Dirin

2. Taklimat awal penyediaan Kertas Soalan Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Percubaan Setara Peringkat Negeri Johor 2010 di SMK Tun Ismail Parit Raja Batu Pahat.
24 Mac 2010
Ahli Panel yang dilantik oleh JPNJ untuk Kertas 1 dan Kertas 2
Pemudah cara:
Tn. Haji Nojumuddin Samat.
Pengetua SMSains Johor .
Tn. Haji Samian Sawio
Pengetua SM Sains Muar

3. Mesyuarat Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu kali pertama 2010, di Sekolah Menengah Sains Johor Kluang.
25 Mac 2010
Semua Ahli Panel Perunding Bahasa Melayu Menengah Atas dan Menengah Rendah Negeri Johor 2010
Ketua Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu JPNJ

4. Bengkel Pemurnian Modul Komsas (Teks Baru) Tingkatan 1 dan 4 di Sekolah Menengah Sains Johor Kluang
25 Mac 2010
Panel yang telah dilantik untuk membina Modul Komsas (Teks Baru) T1 dan T4
Fasilitator : En. Mohd. Noor bin Abdullah – Guru Cemerlang Bahasa Melayu

5. Taklimat Pelaksanaan Modul Komsas (Teks Baru) Tingkatan 1 dan 4 di Sekolah Menengah Sains Johor Kluang
8 April 2010
Panel yang telah dilantik untuk membina Modul MAS 2009 dikekalkan.
Jurulatih Utama Komsas Teks Baru T1/T4

6. Mesyuarat Pemurniaan Kertas Soalan Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Percubaan Setara Peringkat Negeri Johor 2010 di UTHO Parit Raja Batu Pahat.
21 dan 22 April 2010
Ahli Panel yang dilantik oleh JPNJ untuk Kertas 1 dan Kertas 2
Pemudah cara:
Tn. Haji Nojumuddin Samat.
Pengetua SMSains Johor .
Tn. Haji Samian Sawio
Pengetua SM Sains Muar

7. Pertandingan Membina Modul-Modul Pengajaran Bahasa Melayu :
: Modul Pengisian Guru Ganti
: Modul Pengajaran Tatabahasa
: Modul Pengajaran KOMSAS
: Modul Pengajaran Karangan
Mac 2010

Terbuka kepada semua guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di negeri Johor .
i. Kategori Sekolah Rendah
ii. Kategori Menengah Rendah
iii. Kategori Menengah Atas

Rujuk Kertas Kerja untuk syarat dan peraturan.
Hadiah disediakan oleh MPPBM dan JPNJ.

8 Kursus Pemantapan Pembinaan Jadual Spesifikasi Item (JSI) dan Bengkel Pembinaan Item untuk Tabung Soalan PMR dan SPM Negeri Johor.
Mei 2010
Guru-guru opsyen BM (lama) menengah atas dan rendah
Jumlah peserta: 40 orang
(pakej: 2 hari 1 malam)

9. Pembinaan Blog dan Jaringan serta penubuhan laman web MPPBM di internet serta pengisiannya
Mei 2010
Semua ahli Panel Perunding BM
Cikgu Abdul Razak bin Hassan

10 Bengkel dan Latihan Pemeriksaan Kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 SPM dan Kertas 2, PMR.
Jun 2010
Guru-guru BM (opsyen dan bukan opsyen - bukan pemeriksa LPM
Rujuk Tuan Haji Samian bin Sawio- Pengetua SM Sains Muar. .

11 Program Memartabatkan Bahasa Melayu
Pidato Umum Pelajar Sekolah
Sepanjang tahun
Panitia Bahasa Melayu Sekolah
Pn. Rohimah Abdullah

12 Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan Kertas BM 1 dan 2, Peperiksaan Percubaan SPM dan Kertas2, PMR Negeri Johor.
Sehari selepas Peperiksaan Percubaan diadakan.
Ketua-ketua Pasukan dan pemeriksa-pemeriksa kertas LPM (4 orang wakil daerah untuk BM 1 dan 2 SPM dan 2 orang untuk Kertas 2, PMR)

Program 2009 yang diteruskan kerana kesahan dan kesahihan pemeriksaan adalah lebih terpelihara dan berkesan.


AKTIVITI PPMP BM TAHUN 2009

Aktiviti PPMP Bahasa Melayu JPNJ sepanjang tahun 2009

Aktiviti PPMP Bahasa Melayu JPNJ sepanjang tahun 2009

Bil

Tarikh

Aktiviti

Catatan

1

6.4.09

Mesyuarat PPMP

SMSains Kluang

2

13 hingga 15.4.09

Pembinaan Soalan Percubaan SPM Setara JPNJ

Hotel Pelangi Muar

3

22.4.09

Perjumpaan PPMP dengan Timbalan Pengarah JPNJ – Penubuhan JK Bertindak

SM Tun Fatimah

4

11.5.09

Perjumpaan PPMP dengan Pengarah Pelajaran JPNJ –

PPD KLuang

5

20 hingga 22.5.09

Pembinaan Modul M.A.S

Hotel SM Melaka

6.

28.5.09

Bengkel Pemurnian Modul M.A.S SPM 2009

Bilik SPA JPNJ

7

30.6.09

Mesyuarat Penyelarasan Seminar Modul M.A.S SPM

SMSains Kluang

8

1/2 .7.09

Seminar Modul M.A.S untuk Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Negeri Johor

SMSains Kluang

9.

18.8.09

Mesyuarat Audit Akademik Bahasa Melayu bersama-sama Timbalan Pengarah JPNJ untuk sekolah-sekolah di bawah 65% lulus.

Sm Sains Kluang

10

2.9.09

Peperiksaan Percubaan SPM mata pelajaran Bahasa Melayu

Semua Sekolah Menengah

11

3.9.09

Bengkel Penyelarasan Pemeriksaan Kertas BM1/2/

JPNJ

12

4.9.09

Bengkel Penyelarasan Pemeriksaan Kertas BM1/2/

PPDaerah

13

6.9.09

Bengkel Pemantapan Pengurusan Panitia B. Melayu

JPNJ

14

6.9.09

Perjumpaan Pengarah Pelajaran Johor dengan Ketua-Ketua Panitia sekolah-sekolah pilihan .

JPNJ

15

15.10.09

Kursus Perealisasian Item dan Pembugaran Tatabahasa bagi Guru-guru Bukan Opsyen BM

JPNJ

16

30/31.10

Mesyuarat Pembinaan Modul KOMSAS 2010 – T1 / T4

JPNJ- ditangguhkan

17

2.11.09

Mesyuarat Perancangan Aktiviti Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah bagi tahun 2010.

JPNJ

18

6 dan 7 / 11/09

Mesyuarat Pembinaan Modul KOMSAS 2010 – T1 / T4, di SMSains Johor Kluang.

JPNJ- Tn. Haji Zainuddin

19.

November

Mesyuarat Perancangan aktiviti Panel Perunding untuk 2010

Ahli Panel yang dilantik

MESYUARAT PPMPBM kali kedua tahun 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PANEL PERUNDING BILANGAN 2 TAHUN 2010

Tarikh : 8 April 2010 (KHAMIS)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SM Sains Johor, Kluang
Kehadiran : Ahli Panel Perunding MP Bahasa Melayu, JPN Johor

Pengerusi : En.Mohd Noor Bin Abdullah
Pencatat minit : Setiausaha Panel Perunding MP Bahasa Melayu

Agenda Mesyuarat & Taklimat :
1. Ucapan alu-aluan pengerusi.

2. Taklimat pendedahan sukatan KOMSAS tingkatan 1 dan 4 mulai tahun 2010 oleh En.Nor Khalid Bin Salikin, SMK Dato Seri Amar Diraja, Muar.

3. Taklimat pendedahan sukatan KOMSAS tingkatan 4 oleh Pn Mahnita Bt Ahmad, SMK Tun Habab, Kota Tinggi.

4. Taklimat pendedahan sukatan KOMSAS tingkatan 1

5. Sesi perbincangan untuk menetapkan tema novel ISTANA MENANTI dan MELUNAS RINDU.

MESYUARAT PPMPBM kali pertama 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PANEL PERUNDING BILANGAN 1 TAHUN 2010

Catatan Mesyuarat Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu:
25 Mac 2010 – Sekolah Menengah Sains Johor. Kluang

Ucapan Tuan Haji Nojumuddin bin Abd. Samat – Pengerusi Panel

1. Tahniah atas kehadiran
2. Tahniah atas peningkatan peratus Bahasa Melayu PMR dan SPM
3. Penggubalan soalan PMR dan SPM untuk peperiksaan percubaan sudah dilaksanakan.
4. Kita kena lakukan langkah penjimatan kerana kegawatan.
5. Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan – Jangan buat aktiviti Membaca Buku. Buat
aktiviti lain, seperti buat bench mark (penanda aras) tentang pengajaran di sekolah-
sekolah yang terbaik dan apabila balik semula ke sekolah, disebarluaskan dalam
kalangan guru.
6. Plan J – Bagaimana pelaksanaannya?
Kita mesti menggubal modul untuk mengisi Plan J itu.
7. Sediakan mekanisme tertentu untuk mengelakkan kebocoran soalan peperiksaan. Cuba
jadikan konsep kerahsiaan soalan itu sesuatu yang wajib bagi semua warga pendidik.
8. Kita perlu ada tabung soalan. Setiap daerah akan sediakan soalan . Hantarkan kepada
panel perunding untuk dinilai dan kembalikan ke daerah semula untuk disebarluaskan
ke sekolah unuk dijadikan soalan ujian atau peperiksaan.

Ucapan Tuan Haji Abu Talib – KPP Bahasa Melayu JPNJ.

1. Tahniah kerana kehadiran ahli .
2. Perjumpaan ini telah dirancang lebih awal. Tetapi kita tidak cukup peruntukan untuk menggerakkan guru.
3. Terima kasih daripada pihak JPNJ kepada Panel Perunding atas pelbagai usaha.
4. Bantuan daripada PPD Bahasa amat diperlukan agar pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu dijalankan dengan betul dan sempurna di setiap sekolah.
5. Hasil pemantauan yang dilakukan oleh JPNJ di beberapa buah sekolah, didapati ada yang tidak melaksanakan program kurikulum dengan betul. Ada yang belum mengadakan mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia, walaupun sudah bulan Mac.
6. Di sekolah-sekolah tertentu , telah dikenal pasti ada ketidakcekapan pengurusan. Usaha Panel Perunding untuk membantu pengurusan ini amat ditagih oleh JPNJ. Sebenarnya perkara yang berlaku di bilik darjah menggambarkan suatu persepsi tentang peranan guru.
7. Menyentuh tentang PLAN-J . Idea asalnya daripada Tuan Haji Mohyi , bekas Pengarah Jabatan Pelajaran. Tahun ini merupakan peringkat RINTIS. Kita perlukan maklum balas daripada peringkat sekolah dan guru untuk membuat penambahbaikan. Berdasarkan Plan-J , kita perlu sediakan modul-modul tertentu.
8. Program LINUS anjuran Kementerian Pelajaran. Tiap-tiap sekolah ada seorang guru yang dilatih untuk Bahasa Melayu dan seorang guru untuk Matematik. Saringan sudah dibuat di peringkat sekolah. Guru mesti mengajar murid yang disaring mengikut kaedah LINUS dan akan disalurkan semula ke aliran perdana pada hujung tahun.

9. Program MBM & MBI. Program ini menggantikan PPSMI. IPG sedang melatih guru-guru sekolah rendah untuk tujuan MBM & MBI.

10. Ada Latihan Dalam Perkhidmatan selama satu bulan, di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk tujuan MBM & MBI .

11. Kursus KOMSAS – Ada ahli Panel yang sudah dihantar berkursus . Bahan akan disebar luas di peringkat daerah.

12. Akan ada satu perubahan kurikulum yang standard menjelang 2011.

13. Beberapa impak yang ketara dalam keputusan peperiksaan PMR dan SPM di beberapa buah daerah telah meninggalkan kesan kepada keputusan peringkat negeri. Contohnya daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kota Tinggi. Beberapa buah daerah yang menjadi fokus negeri seperti Pasir Gudang dan Kulai, telah menunjukkan pencapaian yang baik.

14. Ada sedikit penurunan di peringkat PMR. Tuan Haji Rosli dan panel PMR diminta untuk membincangkannya.

15. Adakan Program Penandaan Kertas. Program ini dilihat akan membantu guru mengajar dengan lebih baik kerana mereka tahu bagaimana kaedah pemberian markah dilaksanakan. Hal ini akan menjadikan pelajar berkeyakinan untuk lulus.

16. Sekarang ini ada ”Program Mentoring” untuk peringkat sekolah rendah. Ada Program Memakmurkan Sekolah di sekitar PPD. Kurangkan mencari kesilapan sekolah. Lebihkan program membantu sekolah.

17. Panel diminta menyediakan beberapa kertas kerja pelaksanaan kursus bahasa Melayu untuk dibentangkan di peringkat Mesyuarat Kurikulum JPNJ bagi mendapatkan kelulusan.

Ucapan Tuan Haji Rosli Bakir – Pengerusi Panel Perunding Bahasa Melayu PMR

1. Di JPNJ , Sektor Peperiksaan sudah ada Bank Item.
2. Panel mesti membuat kajian dan membina mekanisme untuk mendapat maklum balas daripada sekolah tentang program yang telah kita edarkan kepada peringkat sekolah.
3. Kemerosotan PMR. Hal ini berkaitan ddengan soalan bahagian B – Novel. Ramai pelajar tidak menjawab soalan. Mungkin kerana tidak memahami soalan atau tidak membaca novel. Soalannya tentang ”PERSOALAN”. Markahnya 10.
4. Sedikit maklumat tentang Persatuan Penulis Johor.