Pages

Khamis, 30 Jun 2011

BAHAN MODUL KOMSAS T4

Rakan guru di negeri Johor yang berminat untuk mendapatkan modul KOMSAS T4 yang diusahakan oleh JPN Sabah, sila beri e-mel cikgu dengan no hp untuk dihubungi. Sila emel kan ke alamat emel saya.

Isnin, 11 April 2011

MODUL TUDINGAN KOMSAS 2011

Assalamualaikum,
Berdasarkan minit mesyuarat Panel Perunding Bahasa Melayu (SPM) kali pertama, semua ahli panel yang ditugaskan untuk membina soalan HENDAKLAH menyiapkan tugasan tersebut selewat-lewatnya 30 APRIL 2011. Tuan-tuan dan puan-puan kemudiannya diminta menghantar bahan melalui e-mel kepada pengurus blog Panel Perunding Mata Pelajaran BM SPM melalui alamat e-mel berikut :

modultudingan2011@gmail.com

Saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang dapat diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Diharapkan modul tudingan ini boleh diedarkan kepada pelajar pada awal penggal kedua persekolahan.

Cikgu Razak
Pengurus blog Panel Perunding MP Bahasa Melayu SPM

Jumaat, 11 Mac 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU

SPM TAHUN 2009

Keputusan peperiksaan SPM tahun 2010 akan diumumkan pada 23 MAC 2011 (Rabu ). Diharapkan peratus kelulusan dan Gred Purata Mata Pelajaran bagi calon sekolah bantuan kerajaan akan meningkat.


STATISTIK TAHUN 2009.

CALON SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

CEMERLANG

KEPUJIAN

LULUS

G

A+

A

A-

B+

B

C+

C

D

E

A-E

G

9.0

9.0

13.3

13.0

11.7

9.4

7.1

10.8

7.6

90.8

9.2

GPMP = 4.29

BILANGAN CALON = 400,774 ORANG

Selasa, 1 Mac 2011

ANALISIS SOALAN BM [KERTAS 1]

Karangan Respons Terbuka
2004 (N) hingga 2010 (N)

Klik di sini >>>


Karangan Rangsangan
2004 (N) hingga 2010 (N)

Klik di sini >>>

Selasa, 22 Februari 2011

AGIHAN TUGAS UNTUK MEMBINA SOALAN

Assalamualaikum,
Tuan/ puan ahli Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Sila beri maklum balas kepada Tuan Hj Zainuddin Dirin berkaitan e-mel yang dikirim oleh beliau. Tugas membina soalan berdasarkan teks antologi dan novel hendaklah diselesaikan sebelum 28 April 2011. Insyaalah pada bulan Mei atau Jun 2011, modul tudingan JPN Johor edisi 2011 akan diedarkan kepada seluruh warga pendidik dan pelajar.

Kekalkan kerjasama dan motivasi tinggi yang sedia wujud. " Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat ".

Isnin, 21 Februari 2011

MESYUARAT PANEL PERUNDING BM 2011 KALI PERTAMA