Pages

Sabtu, 4 Disember 2010

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI

Tarikh : 18 hingga 20 Oktober 2010
Lokasi : Hotel Tropikal Inn, Johor Bahru.
Ucap utama : Tuan Hj Abu Talib Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Kursus tersebut melibatkan seramai 23 orang peserta termasuk jurulatih utama dan guru yang menjadi ahli jawatankuasa Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Antara agenda kursus tersebut termasuk :

1. Pedagogi berkesan penulisan karangan
2. Pedagogi berkesan pelbagai kaedah - KOMSAS SPM 2010
3. Pelbagai Kaedah P&P Komponen Sastera Tingkatan 4
4. Penambahbaikan Modul MAS.

UCAP UTAMA OLEH TN.HJ ABU TALIB BIN ABDULLAH.
Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

INTIPATI UCAP UTAMA
1. Seruan agar memantapkan usaha untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. NKRA pendidikan iaitu pra sekolah, LINUS, SBT dan bai'ah.
3. Perancangan strategik JPNJ memfokuskan kepada 6 matlamat iaitu :
- kepimpinan berintegriti
- guru berkualiti
- modal insan kreatif dan inovatif
- pentaksiran dan penilaian cemerlang
- kemudahan pendidikan berkualiti di dalam bilik darjah.
4. Sasaran pencapaian mata pelajaran BM di peringkat SPM iaitu kelima terbaik di peringkat
kebangsaan ( peratus kelulusan melebihi 90 % ).
5. Usaha-usaha melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif.
6. Konsep Kemahiran Berfikir Tinggi.
7. Konsep "Thinking School"
8. Semakan semula taksonomi kognitif Bloom

TAKLIMAT PEDAGOGI BM1
Oleh : En Nor Hashim Bin Bahrin
SMK Dato Jaafar
Johor Bahru.

INTIPATI TAKLIMAT :
1. Guru BM mesti boleh dipercayai dan menjadi model kepada pelajar.
2. Refleksi diri guru.
3. Ciri-ciri pengajaran berkesan di dalam bilik darjah.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar.
5. Perbincangan tema model tudingan K1 SPM 2010

TAKLIMAT PENGAJARAN KOMSAS
Oleh : Pn Mahnita Bt Ahmad
SMK Tun Habab
Kota Tinggi

INTIPATI TAKLIMAT
1. Pengajaran komsas T4 menggunakan teks yang baru
2. Teknik pengajaran komsas.
3. Sesi perkongsian pengalaman dengan rakan guru berpengalaman

TAKLIMAT BAHASA MELAYU 1 DAN BAHASA MELAYU 2

Oleh : Pengetua dari daerah Kulaijaya.

Taklimat beliau berkisar kepada analisis topik dan tema soalan Bahasa Melayu 1 dan 2 untuk peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada 23 November 2010. Berdasarkan analisis tema dan topik ini, peserta kursus dibahagikan kepada beberapa kumpulan perbengkelan untuk menyiapkan karangan untuk calon galus dan beberapa soalan contoh untuk kertas 2.

PERASMIAN PENUTUP KURSUS.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Mohd Nor Bin Ghani, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis ini juga bersempena persaraan Tuan Hj Nojumuddin iaitu Pengetua SM Sains Johor merangkap Pengerusi Panel Perunding MP Bahasa Melayu negeri Johor. Turut hadir ke majlis ini ialah Tuan Hj Samian Bin Sawiyo, Pengetua Kanan SM Sains Muar selaku Timbalan Pengerusi PPMP Bahasa Melayu negeri Johor. Modul 3J yang disiapkan akan diedarkan ke seluruh daerah negeri Johor untuk digunakan sebagai latih tubi menjelang peperiksaan SPM.

0 ulasan:

Catat Ulasan