Pages

Sabtu, 4 Disember 2010

PERANCANGAN UNTUK PANITIA BM

Perancangan dan cadangan 2010 untuk tindakan panitia mata pelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah berpotensi:

1.
1. Rujuk analisis pencapaian peperiksaan pertengahan tahun 2009, mata pelajaran Bahasa Melayu.
2.

2. Senaraikan pelajar kumpulan ( 7 ) dan ( 8 ).
3.

3. Rancang dan laksanakan program khas untuk mereka dengan merujuk program Head Count dan Analisis Item soalan Bahasa Melayu SPM.
4.

4. Buat Perancangan Strategik dan sasarkan KPI ( Indeks Penentu Pencapaian) yang relevan. Pastikan aspek Struktur – Sistem – Skill – Staf, diambil kira sewaktu merancang dan melaksanakan PS .
5.

5. Panitia Bahasa Melayu boleh hasilkan Modul Khas Bahasa Melayu yang boleh disesuaikan dengan pelajar dan situasi: Modul untuk pelajar Melayu hendaklah berbeza dengan modul untuk pelajar bukan Melayu.
6.

6. Lakukan Program Kajian Tindakan dengan memberi fokus terhadap daerah kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

7. Laksanakan program tindakan bersepadu dengan Jawatankuasa Kurikulum Bahasa Melayu Daerah dan PPD bahasa.

8. Gunakan modul-modul M.A.S. yang diusahakan oleh Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

9. Adakan program Kunjung Bantu dengan Guru Cemerlang Bahasa Melayu daerah.

10. Majlis Kurikulum di peringkat sekolah mestilah mengadakan program bersepadu dengan Majlis Hal Ehwal Murid dan Majlis Kokurikulum agar usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik berlaku seiring dan saling dibantu.

11. Dapatkan kerjasama guru Cina dan India untuk membantu mengajarkan Bahasa Melayu di kelas-kelas tambahan

FAKTOR TIDAK LULUS MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Beberapa faktor yang dikenal pasti menjadi punca pelajar-pelajar tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu :

1. Keciciran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sejak di sekolah rendah atau di
peringkat menengah rendah.

2. Sukar menguasai keseluruhan silibus Bahasa Melayu yang merangkumi aspek
Interpersonal, Maklumat dan Estetik + KOMSAS

3. Tidak menguasai kemahiran asas :
Membaca dan memahami
Memahami dan mengaplikasi
Mengaplikasi melalui tulisan

4. Masalah sikap dan disiplin kehadiran + ponteng

5. Tidak hadir langsung tetapi diterima mendaftar sebagai calon SPM

6. Faktor guru – Keperluan Guru Pemulihan Khas di Sekolah Menengah

0 ulasan:

Catat Ulasan