Sabtu, 4 Disember 2010

MESYUARAT PPMPBM kali pertama 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PANEL PERUNDING BILANGAN 1 TAHUN 2010

Catatan Mesyuarat Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu:
25 Mac 2010 – Sekolah Menengah Sains Johor. Kluang

Ucapan Tuan Haji Nojumuddin bin Abd. Samat – Pengerusi Panel

1. Tahniah atas kehadiran
2. Tahniah atas peningkatan peratus Bahasa Melayu PMR dan SPM
3. Penggubalan soalan PMR dan SPM untuk peperiksaan percubaan sudah dilaksanakan.
4. Kita kena lakukan langkah penjimatan kerana kegawatan.
5. Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan – Jangan buat aktiviti Membaca Buku. Buat
aktiviti lain, seperti buat bench mark (penanda aras) tentang pengajaran di sekolah-
sekolah yang terbaik dan apabila balik semula ke sekolah, disebarluaskan dalam
kalangan guru.
6. Plan J – Bagaimana pelaksanaannya?
Kita mesti menggubal modul untuk mengisi Plan J itu.
7. Sediakan mekanisme tertentu untuk mengelakkan kebocoran soalan peperiksaan. Cuba
jadikan konsep kerahsiaan soalan itu sesuatu yang wajib bagi semua warga pendidik.
8. Kita perlu ada tabung soalan. Setiap daerah akan sediakan soalan . Hantarkan kepada
panel perunding untuk dinilai dan kembalikan ke daerah semula untuk disebarluaskan
ke sekolah unuk dijadikan soalan ujian atau peperiksaan.

Ucapan Tuan Haji Abu Talib – KPP Bahasa Melayu JPNJ.

1. Tahniah kerana kehadiran ahli .
2. Perjumpaan ini telah dirancang lebih awal. Tetapi kita tidak cukup peruntukan untuk menggerakkan guru.
3. Terima kasih daripada pihak JPNJ kepada Panel Perunding atas pelbagai usaha.
4. Bantuan daripada PPD Bahasa amat diperlukan agar pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu dijalankan dengan betul dan sempurna di setiap sekolah.
5. Hasil pemantauan yang dilakukan oleh JPNJ di beberapa buah sekolah, didapati ada yang tidak melaksanakan program kurikulum dengan betul. Ada yang belum mengadakan mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia, walaupun sudah bulan Mac.
6. Di sekolah-sekolah tertentu , telah dikenal pasti ada ketidakcekapan pengurusan. Usaha Panel Perunding untuk membantu pengurusan ini amat ditagih oleh JPNJ. Sebenarnya perkara yang berlaku di bilik darjah menggambarkan suatu persepsi tentang peranan guru.
7. Menyentuh tentang PLAN-J . Idea asalnya daripada Tuan Haji Mohyi , bekas Pengarah Jabatan Pelajaran. Tahun ini merupakan peringkat RINTIS. Kita perlukan maklum balas daripada peringkat sekolah dan guru untuk membuat penambahbaikan. Berdasarkan Plan-J , kita perlu sediakan modul-modul tertentu.
8. Program LINUS anjuran Kementerian Pelajaran. Tiap-tiap sekolah ada seorang guru yang dilatih untuk Bahasa Melayu dan seorang guru untuk Matematik. Saringan sudah dibuat di peringkat sekolah. Guru mesti mengajar murid yang disaring mengikut kaedah LINUS dan akan disalurkan semula ke aliran perdana pada hujung tahun.

9. Program MBM & MBI. Program ini menggantikan PPSMI. IPG sedang melatih guru-guru sekolah rendah untuk tujuan MBM & MBI.

10. Ada Latihan Dalam Perkhidmatan selama satu bulan, di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk tujuan MBM & MBI .

11. Kursus KOMSAS – Ada ahli Panel yang sudah dihantar berkursus . Bahan akan disebar luas di peringkat daerah.

12. Akan ada satu perubahan kurikulum yang standard menjelang 2011.

13. Beberapa impak yang ketara dalam keputusan peperiksaan PMR dan SPM di beberapa buah daerah telah meninggalkan kesan kepada keputusan peringkat negeri. Contohnya daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kota Tinggi. Beberapa buah daerah yang menjadi fokus negeri seperti Pasir Gudang dan Kulai, telah menunjukkan pencapaian yang baik.

14. Ada sedikit penurunan di peringkat PMR. Tuan Haji Rosli dan panel PMR diminta untuk membincangkannya.

15. Adakan Program Penandaan Kertas. Program ini dilihat akan membantu guru mengajar dengan lebih baik kerana mereka tahu bagaimana kaedah pemberian markah dilaksanakan. Hal ini akan menjadikan pelajar berkeyakinan untuk lulus.

16. Sekarang ini ada ”Program Mentoring” untuk peringkat sekolah rendah. Ada Program Memakmurkan Sekolah di sekitar PPD. Kurangkan mencari kesilapan sekolah. Lebihkan program membantu sekolah.

17. Panel diminta menyediakan beberapa kertas kerja pelaksanaan kursus bahasa Melayu untuk dibentangkan di peringkat Mesyuarat Kurikulum JPNJ bagi mendapatkan kelulusan.

Ucapan Tuan Haji Rosli Bakir – Pengerusi Panel Perunding Bahasa Melayu PMR

1. Di JPNJ , Sektor Peperiksaan sudah ada Bank Item.
2. Panel mesti membuat kajian dan membina mekanisme untuk mendapat maklum balas daripada sekolah tentang program yang telah kita edarkan kepada peringkat sekolah.
3. Kemerosotan PMR. Hal ini berkaitan ddengan soalan bahagian B – Novel. Ramai pelajar tidak menjawab soalan. Mungkin kerana tidak memahami soalan atau tidak membaca novel. Soalannya tentang ”PERSOALAN”. Markahnya 10.
4. Sedikit maklumat tentang Persatuan Penulis Johor.

0 ulasan:

Catat Komen